di pondok kecil... di badai ombak.. berbuih putih.. beralun-alun...
waktu berbuka smlm, tanpa paksaan, air mata mengalir laju. teringatkan abah yg sakit. semalam abah jadi lali, blood pressure sgt tinggi, 2++/13+. bahu abah tergeliat sbb jatuh katil. org klinik panggil nama abah, abah xmenyahut. mata tutup. mak risau sgt2. mak kata abah jadi mcm tu sbb mkn ubat kesihatan, ada madu kot. panas badan abah.abah dibawa ke hospital parit buntar.lepas tu, doktor kata kena bawa ke taiping, kat parit buntar pakar xda mlm2. pakar kat sana lebih faham penyakit abah. mak susah payah setia menunggu abah untuk di bawa ke hospital taiping, mak xpernah putus asa jaga abah. sbb tu abah sayang sgt kat mak. apa2 pun, abah nak mak yg buat. makan, minum, berak kencing. mana nak cari isteri mcm ni skrg, susah nak cr. mak saya sgt baik.kadang2 abah lupa, enzimer, mak tabah menjawab segala soalan abah.
aku cuba tahan air mata ni, tapi hatiku sgt lembut. mudah mengalirkan air mata, tambah2 bila teringatkan kasih syg mak n abah. abah pukul aku masa kecil, terkesan hingga kini. didik anaknya supaya jd org yg baik.hasilnya, anak2 dia semua berjaya. kadang2 aku juga teringat masa abah sihat dulu, bawa teksi sampai ke KL, semata2 nak cari rezeki lebih, sekolahkan anak2nya. keluar sblm subuh, balik malam. selalu bawak bekal.
masa sblm aku lahir, abah aku seorang askar melayu. sampailah pangkat sarjan, abah aku berhenti, lagi 2 tahun nak pencen. kata mak, abah xsedap hati. jadi abah dpt duit royalti rm60 000(kalu x silap la). sambil aku manaip ni pun, masih menitik air mata aku. 4tahun abah sakit. masa aku hujung diploma dulu, abah jatuh sakit sbb minum brg kesihatan yg aku bg. niat aku nak abah baik dr penyakit 3serangkainya. tapi setakat ni jantungnya ok lagi. Alhamdulillah. rupanya mkn kesihatan tu xserasi dgn badan abah. abah hampir diserang strok. mujurlah rumah aku betul2 depan klinik. abah aku dibawa ke hospital parit buntar. masa tu pun nak raya jugak tak silap aku. kesian kat abah..
sakit abah terus merengke dari tahun ke tahun. 2tahun lepas tu, abah blh diserang mcm bisul kat kaki. sblm tu dia blh jalan lagi. pas kena bisul kat kaki, dia dah xblh jalan. masa tu aku dah sgt risau sbb abah kecing manis agak tinggi. dekat sebulan duk rumah, kami adik beradik tekad bawak mak abah ke putrajaya. abah dimasukkan ke hospital putrajaya. jantung aku berdebar sbb doktor kata kena x-ray dulu, takut dah makan tulang, kena potong. aku berdoa siang malam, moga abah aku blh jalan balik. Alhamdulillah, abah hanya perlu diby=uang isi kaki je. tapi sementara nak tunggu untuk dibedah, dekat seminggu abah tunggu turn. abah xlalu mkn, sesuap dua ja nasi masuk mulut dia. 2 hari tunda masuk bilik bedah, 2 hari abah xjamah apa2 lgsung. air masak je dia minum, tu pun sikit2 ja. sedih sgt tgk abah. sampai 1 masa tu, abah xtahan, dia mengamuk, habis jarum yg masuk air kat tangan dia terkeluar, darah terpancut, mak hampir2 terkena hayungan abah. abah dah xtahan. mungkin sakit n letih tunggu. mak lari keluar, mak menangis. susah benar nak tengok mak nangis.
bila masa untuk bedah, mak sabar tunggu kat luar bilik bedah. tabahnya mak, setia pd seorg suami. besar luka abah, separuh tapak tangan gak la. bila dah siap, abah dibawa balik ke rumah kakak kat puchong. seminggu 2 kali abah n mak g hospital putrajaya, cuci luka kaki. abang beli brg kesihatan, nama apa ntah, cepat juga isi abah tumbuh. Alhamdulillah.
kaki abah hampir sembuh, tgl seinci dua, abah tak mau g hospital dah. puas kami pujuk, abah tetap dgn pendiriannya. ya lah, askar kan, hati kuat betul. balik rumah kedai empat(parit buntar).
bila balik, mak la hari2 jaga abah, layan kerenah abah. bila mak xmau bagi mkn yg manis n lemak2, abah nak merajuk. kesian mak, sabar sungguh hati mak.
dulu mak pernah jatuh sakit, tapi kejap ja. usus mak tersumbat dgn najis. ingtkan ependik, dah hampir2 nak bedah, tp Alhamdulillah... mak hanya perlu diberi air ubat untuk berak. skrg mak sihat, Allah aturkan dgn baik. mak sihat, blh jaga abah. kadang2 aku rasa bersalah gak, aku jarang balik, jaga abah. nasib baik la ada abang atas aku. dia keja kat penang, 4hari kerja, 3 hari cuti. dia la slalu teman mak beli barang dapur. kadang2 kalu abah xralat, abang aku ni g beli sorg, mak jaga abah.
aku dapat rasa mcmana perasaan mak. dulu aku cuti 4bulan, duk rumah saja, teman mak. aku jaga abah gak. kdg2 abah xsempat g bilik air, dah terkencing kat lantai. hari2 mop. xpa la, abah pun bukan kuat jalan. kadang2 mak slalu ckp dia rasa xcukup tido. dia risau kalau abah nak kencing ka, nak berak, tambah2 abah sekarang suka kata rumah yg dia duduk tu bukan rumah dia. tiap2 hari dia ajak balik, tapi sebenarnya tu la rumah dia. abah jd xingt. pernah dulu, abah dah heret kerusi malas dia bawak keluar rumah. nasib baik aku sempat nampak, dia kata "abah nak balik. tapi abah xtau nak lalu kot mana." ya Allah, kalau abah hilang, lagilah bahaya.
smlm abah jd mcm kat hospital putrajaya dulu. dia mengamuk nak balik. tapi nasib baik tak xtrem mcm dulu. mak dah xtau nak buat apa. aku dapat rasa, mak mesti sedih sgt2. mak mesti risaukan abah. dulu mak pernah cerita, abah tak ingta, tgh malam, tiba2 dia gerak mak, dia kata "kiah, jgn risau na, abg mid ada.". dengan tiba2 abah kata mcm tu. mak pelik. patut la pg tu mata mak bengkak. mak sedih.
kami adik beradik ada btgtau kat mak, kalau abah dah xada, mak duduk la dgn kami. mak ckp, "xpa la, syg pulak rumah ni. lagipun xkan nak tgl sham duduk sorg2 kat rumah ni?".
sham(abang atas aku),.dia sorg ja xmasuk U, tapi Allah jd dia mcm tu ada sbb. dia la yg slalu tengok2kan mak n abah. walaupun dia xpandai sgt, keja kilang ja, tapi dia yg paling berjasa kat mak n abah. aku? belajar tingi2, tp xsempat nak berbakti bnyk2 kat mak n abah. kesian kat mak n abah.
teringat masa aku kecik2 dulu, dengan deruman enjin teklsi abah ja, kalut duduk diam2. abah dulu garang. rotan sentiasa ada dlm rumah. sham slalu kena rotan sbb sham nakal sikit. tapi dlm kegarangan abah, abah xpernah pukul mak, jentik pun xpernah.
Ya Allah, permudahkanlah urusan mak n abah aku. ringankanlah ujian yg Engkau beriukan pada mereka. kasihanilah mereka. ampunkan dosa2 mereka. aamiiin..
aku menanti hari esok ptg, nak balik pahang dulu. g rumah abang no.3. abang on. khamis subuh, kami bertolak balik. moga2 perjalan kami dipermudahkan. nak jumpa abah n mak. xsabar rasanya nak peluk mak n abah. t sayang mak n abah kerana Allah. semoga kita berjumpa dalam syurga. t doakan mak abah selamat dunia akhirat.
sahabat2, hargailah ibu ayah kita selagi mereka hidup. mereka sihat atau sakit, jengok2lah mereka selalu. kalau ada kesempatan, balik sekejap pun jadilah. telefon dgn balik, lain rasanya. mak n abah mesti suka kalau mereka dpt tatap wajah anak mereka, walaupun sekejap. sayangi mereka dunia akhirat, semoga mereka dirahmati dan diredhai Allah.
Allah juga suruh kita taat pada ibu bapa selagi xlanggar syariat islam. kalau kita kecilkan hati ibu bapa, besar dah dosa kita. semoga kita menjadi anak soleh dan solehah. aamiiin...

semoga enti tetap tabah menempuh hari2 berikutnya..
ReplyDeletesesungguhnya, Allah uji mengikut kmampuan hambanya..
=) yakinlah dengan janji Yang Maha Esa..
sekalung doa buat enti dan keluarga.
moga terus kuat sahabatku,
ReplyDelete